Monday, June 28, 2010

In the name of Allah, the most gracious n the most merciful ~~

Alhamdulillah, stelah beberapa minggu Auni ask recipe'cream puff' frm my aunt br la harini dapat. Itu pon atas dasar baik my blove mum ask from her. Bz bebona my aunt smpi x sempat2 bg ank buah dy yg ketandusan idea wat cream puff ni.. First n Last time making cream puff is on my sis engagement on 12 jun ago.. akibat makan semut, resipinya ku lupa sudeyyy..yuhu. picha below shows my ' cream puff n pastry' presentation . tantik x ? dis is my first tyme doing dis. credit to my aunt coz teach me how to do it. i'm really apreciate it.

Well, dis recipi is very helpful for me . Esok nak buatkan untuk my boss yang pregnant 1st bby. Da lame disuruhnye buat. Hehe.. sowi boss..Thanx mum. love u ~~

-------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Bahan Pastry [ bukan bakul ye adik2, tapi base dy ;-) ]

1/4 L air suam'
100g planta
1/2 sudu castor sugar
Secubit garam
125g tepung gandum

Cara2 :
Masukkan semua bahan tersebut ke dalam periuk sampai menggelegak. Kacau sehingga dissolve semua bahannya dengan menggunakan senduk kayu. Restricted only senduk kayu ! ( Plz makesure gune api yg perlahan ). Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit2 dengan masih menggunakan api yang perlahan sampai adunan tidak lagi melekat2 di dalam periuk. Sejukkan dalam 15minit. Blend + telor sebiji2 . Kemudian, dengan menggunakan nozzle, piping ke atas loyang yang sudey di wipe dgn planta @ 1st. Then bake until masak. agak2 le. tgk color change. ngeh3..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Custard ( filling )
200g instant custard
400g air suam

Cara2 :
Blend semua bahan tersebut. Then, piping dalam pastry yg sudah baked. Finally, letak dalam cup for nice presentation. Serve nicely n have a nice taste. Owh, it taste so gud ;-)

InsyaAllah, dis thursday morning , me n ajak akk open table utk serve sahabat2 mamam menu kami yg x seberapa ni. Actually, idea ini terbit since ajak menyuarakan hasratnya utk membuat kuih badak berendam yang telahku oder darinya last month. Thanx bro menunaikan hasratku yg mengidamkan kuih faveret dizaman kecilku dahulu.. Semoga niat kami nk menjamu selera our colleagu diberkati Allah n dapat menutuhkan lagi ukhwah fillah seame kami. Ameen Ya Allah.. Ukhwah fillah abadan abada. Ketahuilah oleh kamu semua wahai sahabat2ku KAK SITI, KAK EMA, KAK LIN, KAK INA, KAK IKA, TEHA, NURUL, NOR , AJAK, LAN, & ABG MAN bahawa auni amat2 menyayangi kalian yg banyak membantu Auni bangkit bangun semula setelah jiwa ini ketandusan iman dan lost of sensitivity. AmEen... peliharalah hubungan kami Ya Allah..

Monday, June 21, 2010

~ USM as n APEX University ~

In the name of Allah, the most gracious, the most Merciful ~~






Dalam ucapan Yang Berbahgia Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak semasa merasmikan Seminar Percambahan Pemikiran Islam ; Dimensi 7 Prinsip Universiti APEX, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia itu melahirkan rasa hormat dan terharu kerana seminar ini merupakan yang kedua kali diadakan bagi membincangkan dan membahaskan tentang Universiti APEX dalam lingkungan 7 Dimensi yang telah digariskan sebagai teras kepada pembangunan USM sebagai Universiti APEX.“Setiap keputusan yang saya berikan di Universiti Sains Malaysia (USM) sememangnya mempunyai landasan-landasan islam dan agama. Hanya tidak dibentangkan, kerana saya mengharapkan bahawa sarjana-sarjana agama islam itu sendiri akan mengeluarkan dan mengupaskan dimensi-dimensi tersebut. Kita tidak dapat bercakap tentang ilmu tanpa kita merujuk kepada al-quran dan al-sunnah. “Walaupun hal ini tidak kita bentangkan secara umumnya, kerana dalam keadaan negara yang majmuk, perkara sebegini boleh dipolemikkan. Namun hasratnya, nilainya, adalah nilaian yang berpaksikan kepada islam kerana islam adalah agama yang mementingkan ilmu. Oleh itu, saya merasakan ilmu itu sepatutnya menjadi tunjak kepada agama islam itu sendiri.”Keinginan USM ialah untuk membangunkan semula satu budaya ilmu dengan merujuk kepada tamadun Andalusia, yang merupakan antara tamadun yang paling panjang dalam dunia iaitu sekitar 800-1000 tahun yang khusus kepada ketamadunan ilmu. Jika masyarakat dahulu dapat memajukan ilmu dan diri tanpa kemajuan teknologi, semestinya umat sekarang mampu.Tugas kita bukan hanya terletak kepada USM, tetapi merangkumi semua yang inginkan agama islam kembali seperti dahulu. Ia merupakan kerja berpasukan. Hal ini bukan semata-mata untuk mendapat tempat dalam ranking ke-100, atau ke-50 universiti di dunia, tetapi merupakan suatu keinginan untuk menerajui satu bentuk universiti yang baru dengan pemikiran yang baru, yang berasaskan kepada tauhid dan fitrah manusia seperti yang dituntut oleh islam.BERSEDIA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN Dalam pemilihan universiti APEX, beberapa kriteria telah diambil kira, antaranya ialah strategik untuk melakukan perubahan oleh sesuatu universiti. Selain itu, dilihat juga dari aspek budaya untuk berubah, kerana jika tiada pembudayaan dalam perubahan, maka ia tidak akan dapat berkesinambungan dan juga soal kepimpinan. Kepimpinan bukan hanya merujuk kepada individu tetapi kelompok yang menjalankan perubahan.Aspek yang turut diambil kira ialah aspek pelan untuk perubahan yang mempunyai 3 dimensi iaitu tema atau arah tujuan, pendekatan serta usaha yang telah dilakukan untuk perubahan tersebut.Dalam mencapai matlamat sebagai Universiti terulung, Naib Canselor telah meletakkan perkara yang dikatakan sebagai 7 dimensi yang menjadi teras kepada perubahan.”Kita ingin membentuk sesuatu yang baru, yang belum pernah dilihat dalam dunia pendidikan tinggi” katanya.”saya berani berkata demikian kerana dalam seminar-seminar di peringkat antarabangsa, apabila kita mengutarakan apakah model pengajian tinggi yang ingin dibawa, mereka semua merasakan ini adalah sesuatu yang baru. ”Profesor Tan Sri menggambarkan bahawa hal ini seolah-olah kita sedang bermain dengan permainan.”Permainan yang berada di hadapan kita adalah yang telah diolah oleh orang lain. Sebagai contoh, permainan ragbi. Jika kita ingin bermain ragbi, kita perlu mempunyai kemahiran dan kepakaran yang cukup. Kita tidak pandai bermain ragbi. Tetapi kita pandai bermain sepak takraw misalnya, kerana budaya dan nilai kita sedemikian. Mengapa tidak kita yang mengajak dunia bermain sepak takraw? Mengapa perlu kita bermain ragbi hanya kerana dunia ingin bermain ragbi?”Satu lagi contoh ialah permainan hoki. Permainan ini pernah dimainkan di atas padang. Tetapi permainan ini telah diubah dengan meletakkan syarat bahawa jika hendak bermain hoki, ia perlu dimainkan di atas turf. Penggunaan turf memakan kos yang tinggi. Di USM sebagai contoh, turf hoki sahaja berharga RM 1.6 juta. Selagi tiada turf, kita tak dapat berlatih dan tidak akan mahir, dan tak akan dapat menjuarai permainan itu.Inilah percaturan yang dapat kita lihat dalam dunia skarang. Mereka meletakkan perkara yang kadang-kadang untuk kebaikan mereka sahaja, bukan untuk kebaikan kita. Perkara inilah yang berlaku, dan kita dikalahkan kerana diletakkan dalam keadaan yang cukup berbeza.7 prinsip atau dimensi Universiti APEX dapat dihuraikan dengan serba ringkas seperti berikut :-

1) MENEROKA MASA HADAPAN ( future )

Kita mesti pandai memilih masa hadapan. Jika masa hadapan yang kita pilih sama juga dengan negara barat dan yang lain daripada fitrah kita, maka kita akan selama itu menjadi ikutan mereka. Kita tidak perlu mengikut mereka. Kita tidak akan dapat mendahului mereka dalam hal-hal sedemikian.Prof Tan Sri memetik salah satu matlamat di dalam wawasan 2020 yang mengatakan bahawa kita perlu membangun dalam acuan kita sendiri ( Blue ocean strategy ). Tetapi kini, selepas hampir 10 tahun kita tidak dapat melihat apakah acuan sendiri yang telah kita bangunkan. Perkara yang dilihat ialah kita hanya mengikut acuan orang lain.Mencari perbezaan untuk masa hadapan ini cukup penting. Dalam pengajian tinggi, hal ini merupakan satu cabaran yang cukup besar. Sebagai contoh di dalam pengajian sains sosial, banyak teori-teori yang dikemukakan ialah teori-teori yang datang daripada perspektif-perspektif yang cukup berlainan daripada perspektif kita. Banyak perkara-perkara yang diajar melibatkan apa yang dipanggil sebagai ’euro-centric’ iaitu yang memusat kepada pemikiran-pemikiran orang barat, bukannya daripada orang-orang islam. Jauh skali daripada orang-orang Malaysia dan Asia. Hal ini yang perlu kita lihat untuk mencari masa hadapan.

2) MENCARI KELAINAN ( uniqeness )

Masa hadapan yang kita cari mestilah mempunyai kelainannya yang tersendiri. Mencari kelainan adalah perkara yang cukup berat. Kita mudah mengikut orang-orang lain, tetapi tidak dapat mencari kelainan dan kekuatan kita sendiri. Kita mudah meniru orang lain, tetapi sukar untuk memimpin dan mencari jalan-jalan lain. Jika kita hendak bersaing, kita perlu mencari kelainan.Contohnya, jika dalam sebuah kolam hanya terdapat ikan berwarna merah, kita tidak akan dapat membezakannya, kecuali jika terdapat seekor yang berwarna putih. Atau jika di pesisir pantai, hanya terdapat batu-batuan berwarna kelabu, kita tidak dapat membezakan antara satu sama lain, melainkan ada satu batu yang berwarna lain, contohnya berwarna kuning.Kelainan menjadi kekuatan bagi kita, malah dalam islam ia amat digalakkan. Bagaimana orang islam boleh membezakan mereka dengan orang lain? Orang islam sememangnya berbeza dengan orang lain baik dari segi budi pekertinya, perwatakannya, pakaiannya.Cara orang islam berfikir tentunya berbeza kerana falsafahnya, asasnya dan.nilainya berbeza. Selagi kita tidak dapat menunjukkan kelainan, kita seolah-olah terumbang-ambing kerana kita menghendakkan apa yang dihidangkan oleh orang lain, sedangkan kita tidak dapat menghidangkan keistimewaan yang ada pada diri kita.Dalam pendidikan, falsafah, nilai dan prinsip adalah perkara asas dan pokok. Jika tidak ada perkara yang dapat mnyuburkan ’pokok’ ini, kita akan melihat pokok tersebut tidak dapat hidup. Persoalannya, apakah bentuk nilai, falsafah dan prinsip yang hendak dibawa dalam pendidikan?Ilmuan perlu sentiasa mempersoalkan sesuatu yang telah ada untuk memerbaiki keadaan ke arah yang lebih baik.”We are never satisfied with what we’ve got now.” Ucap Prof Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak.Kelainan ini juga memberi kita satu tabiat untuk mempersoalkan semua yang ada.”Kalau kita lihat peta sekarang ini seperti mana yang tertera, Amerika Syarikat berada di atas dan Australia berada di bawah. Hal ini diajar kepada kita sebagai peta yang sebenarnya. Kalau kita terbalikkan peta itu, kita akan dapati Australia di atas dan Amerika di bawah. Adakah peta itu salah? Mengapa mesti Amerika di atas dan Australia di bawah?”“Who says the north is up and south is down? Why can’t south be up and north be down?” ujar beliau lagi.Ini adalah perkara asas untuk kita melihat bagaimana kita boleh mencari kelainan dalam soal-soal sedemikian.Allah juga merupakan Tuhan yang berlainan dengan makhluk, dan berlainan dengan ‘tuhan2 yag lain’.

3) KELESTARIAN ( sustainable )

Kelestarian ini ialah dalam konteks kita menjaga amanah yang diberikan kepada kita. Bumi ini telah Allah amanahkan kepada kita, maka kita terpaksa menjaganya dengan sebaik mungkin. Bumi sekarang terlalu tercemar dengan pelbagai masalah. Sebagai amanah, kita perlu menyerahkan bumi ini kepada generasi akan datang dalam keadaannya yang sama seperti semasa kita menerimanya atau dalam keadaan yang lebih baik daripada apa yang kita terima.Ternyata apa yang kita ada sekarang untuk kita serahkan kepada anak cucu kita lebih tercemar daripada apa yang kita dapat. Maknanya kita tidak menjalankan amanah yang diberikan kepada kita .Sebab itulah, soal lestari ini menjadi soal pokok dan nilai. Apabila datang revolusi industri, banyk perbaharuan dan dimensi yang dibawa oleh sains dan teknologi tidak prihatin terhadap alam sekitar.UNESCO telah mengutarakan satu idea iaitu ‘The Quranic Garden’ kerana Al-Quran merupakan satu-satunya kitab di dunia yang menceritakan tentang kelestarian, tumbuh-tumbuhan dan taman. Syurga juga digambarkan dalam bentuk taman-taman yang sangat indah.Jelas hal ini adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh kita semua.USM juga sejak dulu telah mengambil langkah menjadi ‘Universiti Dalam Taman.Universiti dalam taman ialah metafora atau perumpamaan kerana dalam ‘taman’ itu terdapat kepelbagaian. Taman yang baik mempunyai kepelbagaian. Kita menerima kepelbagaian yang ada di dalam masyarakat Malaysia, dari segi agama, budaya, kefahaman, atau idea-idea yang tercetus.Taman yang mempunyai 1 jenis tanaman sahaja di sebut sebagai ladang, contohnya ladang getah dan kelapa sawit. Ada ketikanya, universiti di Malaysia dianggap seperti ladang. Semuanya mesti sama. Dalam dunia pendidikan, hal ini dikenali sebagai The Mc Donalization of Education’. Mcdonald di mana-mana sahaja di dunia ini, semuanya sama. Bajunya, menunya, baunya, harganya semuanya sama.Kita tak mahu hal ini berlaku dalam pendidikan. Agama kita juga mewar-warkan perbezaan. Dalam al-quran Allah mengatakan bahawa Allah menjadikan manusia berbeza-beza, berpuak-puak kerana ada rahmah di situ.Sebab itu, USM mengambil pendekatan menggunakan ’taman’ sbg metafora dan panduannya.Dalam taman terdapat pokok. Selalunya pokok di nilai dari bumi ke atas. Kita lihat pokok itu cantik. Daunnya, bunganya, buahnya cantik dan indah. Tetapi kita lupa kepada apa yang berlaku di bawah tanah. Akar-akar yang berada di bawah tanah itulah yang menentukan kesuburan pokok. Kecantian di atas, asasnya ialah kerana kebaikan di bahagian bawah.Jika akarnya rosak dan mati, maka pokok itu akan tumbang. Dan dalam dunia islam, banyak ’akar-akar’ yang dilihat telahpun mati.”Saya mengambil pokok yang terdapat di dalam taman ini sebagai inspirasi, bagaimana kita ingin mentadbir sebuah universiti. Kita tidak boleh mentadbir universiti seolah-olah ianya meruakan satu mesin.””U organized your university like a factory” Prof Tan Sri Dato’mengutarakan kepada dunia barat dalam satu pertemuan.“how?” mereka kembali bertanya.Orang yang masuk ke universiti ini seolah-olah bahan mentah. Ia diletakkan di atas ’conveyer belt’ atau ’assembly line’ seperti pada tahun satu pendidikan. ’Bahan mentah itu akan pergi dari satu kelas ke satu kelas untuk diberi ilmu. Kemudian pada hujung tahun, kita akan adakan ’quality control’. QC tersebut menentukan bahan mentah itu dapat ke peringkat seterusnya, iaitu tahun kedua. Jika bahan mentah itu tidak bagus, ia akan dibuang begitu saja, atau kalau ia boleh diperbaiki, ia akan diperbaiki seperti KSCP atau short sem. , kemudian baru dapat masuk ke conveyer belt kedua atau tahun kedua.Begitu juga sehinggalah tahun 3 dan 4. Selesai tahun keempat, kita dikatakan sudah boleh dipasarkan.. Soal pemasaran dan pekerjaan ini menjadi satu soal yang cukup besar.”jika saya menghasilkan sebuku roti yang tak boleh dipasarkan, maknanya perniagaan saya gagal. ”Begitu juga orang mentafsir universiti. Setiap orang yang keluar dari universiti ini, jika tidak boleh dipasarkan, maka ianya akan dianggap sebagai gagal.Persoalannya ialah adakah pekerjaan-pekerjaan yang ada dalam pasaran kini merupakan pasaran untuk masa hadapan ataupun pasaran-pasaran tahun lalu? Jika ia ialah pasaran tahun lalu, maka kita perlu mampu untuk mencipta pasaran tersebut supaya mampu utk bekerja dengannya dan menjadi pasaran sekarang dan masa hadapan.”Tugas universiti ialah untuk mampu mereka dan mencipta sesuatu benda yang baru, yang boleh menjamin masa hadapan. Jika semua mahu bekerja dengan industri lama, siapa pula yang akan membangunkan industri-industri baru, kerana industri-industri yang baru inilah yang akan meneruskan persaingan dan bukannya industri lama. ( Bak kata my friend, lestari adalah kita pinjam yg lepas, guna sekarang serta pelihara dan sampaikan pada yang akan datang )

4) KEMANUSIAAN ( humanity )

Universiti harus ada nilai kemanusiaan. Universiti tidak mahu melihat masyarakatnya sekelilingnya tercicir.”Universiti yang berjaya ialah universiti yang berada dalam masyarakat yang berjaya. Kekadang sesebuah universiti itu dilihat sebagai berjaya, tetapi masyarakat sekelilingnya tidak berjaya dan tercicir. Masih ada yang mengemis, keganasan, dan pelbagai masalah. Hal itu bermakna universiti itu juga tidak berjaya kerana tidak dapat mendidik masyarakat sekaligus.”Soal kemanusian ini merupakan persoalan yang sangat pokok. Ia bukan sahaja perlu dilihat dari sudut universiti, tetapi secara sejagat. Sebagai contoh, 4 billion orang daripada 6.6 billion iaitu 2/3 hidup dengan 3 US dolar sehari. Sebab itu dunia kucar kacir, kerana tidak ada keseimbangan antara yang kaya dan yang miskin. 19 juta penduduk New York menggunakan sumber sebanyak 50 negara miskin.Universiti perlu sama-sama bekerja membangunkan kelompok 4 billion ini. Apa-apa sahaja pendidikan perlu difikirkan juga bagaimana ia boleh memberi kebaikan kepada orang ramai.Sebagai contoh, usaha pusat pengajian perubatan di USM, mereka telah melakukan penyelidikan tentang penyakit thypod, yang pada asalnya memerlukan diagnosis selama 3 hingga 4 hari untuk mengetahui sama ada terdapat penyakit atau tidak, dengan menggunakan sumber elektirik, dan sebagainya. Maksudnya, kerja-kerja ini mungkin tidak boleh dilakukan di negara seperti Afrika. Cabaran diberi kepada mereka, bagaimana mereka boleh mengubahnya. Maka hasil kajian, diagnosa daripada 3 ke 4 hari dapat dijalankan dalam masa 15 minit. Maka, hasil ini dapat digunakan di negara-negara miskin.Selain thypod, banyak lagi penyakit-penyakit yang dihidapi oleh dunia miskin, yang langsung tidak diambil peduli oleh negara-negara maju. Daripada 1000 perubatan baru dalam masa 10 tahun yang lepas, kurang daripada 1% yang dapat digunakan untuk penyakit-penyakit di negara-negara miskin. Mengapa mereka tidak peduli? Hal ini kerana ini bukan penyakit-penyakit mereka. Penyakit-penyakit mereka ialah penyakit yang dihadapi oleh orang-orang kaya. Jika tiada universiti yang menumpukan kepada penyakit-penyakit dunia ketiga, sampai bila pun masalah ini tidak dapat diselesaikan.Kit thypod tadi sudah dipasarkan ke 18 buah negara. Hal ini maksudnya instrumen seperti ini sangat-sangat diperlukan oleh dunia.

5) KESEJAGATAN ( universal )

Persoalan kesejagatan sangat berkaitan dengan kemanusian. Ia telah pun sedikit sebanyak dihuraikan sebelum ini. Islam itu tak ada batasan dan bersifat universal. Ia tak mengira kaum, bangsa dan negara. Siapa saja yang memerlukan akan bantu. Malah, USM banyak bergabung dengan banyak pihak dan negara .

6) PERUBAHAN ( changes )

“Kita cuba membawa perubahan. Kita mesti berubah. Kita tak boleh merasakan bahawa ‘saya sudah sempurna’. Kita perlu berusaha untuk kesempurnaan. Agama kita adalah agama yang syumul, sempurna. Kesempurnaan itu bukan dalam bentuk 1 wajah, tetapi serba serbi, pemikiran, idea-idea baru.” ujar Tan Sri.Mencari kesempurnaan itu ialah apa yang kita inginkan apabila menjadi ilmuan dan cendiakawan. Ianya merupakan usaha berterusan untuk menjadikan sesuatu lebih baik. Jika kita sudah bersedia dengan idea-idea yang baru, maka segala perubahan yang datang, kita tidak akan gentar, kerana kita sudah tahu apa yg perlu dilakukan.”USM contohnya, pada tahuun 2005 telah melakukan sesuatu yang dipanggil ’scenario plan’. Kita telah dapat meramalkan insyaallah dalam masa 20 tahun (2025), apakah benda/ atau perkara yang mungkin berlaku kepada pengajian tinggi. Sebab itu kita snetiasa bersedia dengan apa-apa yang akan berlaku. Bila ianya sudah berlaku nanti, kita sudah bersedia. Satu perkara yg kita fikirkan akan berlaku ialah cetusan bidang yang dianggil sebagai ’sains otak’.”Beliau memberi perumpamaan, apabila gerabak bioteknologi datang ke Malaysia, 100 gerabak pertama telah diisi oleh barat, juga gerabak nanoteknologi. Bila masanya kita dapat menduduki gerabak pertama,kedua atau ketiga? Kita mesti mmpu untuk mengetahui apakah gerabak yang akan datang kepada kita dalam masa 10 atau 20 tahun akan datang. Dalam perangkaan kita, kereta api yang akan tiba 10 tahun akan datang ialah sains otak. Jika inilah keretapi yang akan datang, kita perlu bersedia dari sekarang , kerana apabila kereta api telah datang, kita boleh terus melompat ke gerabak pertama, atau sekurang-kurangnya gerabak ke-10. Kita telah menghantar lebih 20 pelatih-pelatih di seluruh dunia untuk mendalami ilmu ini.Beliau menegaskan lagi bahawa kita boleh berjaya seperti negara-negara barat. Caranya ialah dngan mencari ilmu, seperti melalui pembacaan.Andalusia sebagai contoh, di Cordova sahaja pada suatu masa terdapat 400 ribu buah buku, 70 buah perpustakaan dan 500 orang pustakawan. Jika dibandingkan dengan keadaan dalam negara, tidak mungkin dapat menyamai apa yang pernah dicapai oleh Andalusia.Naib Canselor USM suka menjadikan tamadun Andalusia di Sepanyol dan Baitul Hikmah di Iraq sebagai ’role model’ dalam membentuk Universiti yang membudayakan ilmu pengetahuan untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.

7) PENGORBANAN. ( sacrifying )

Tiada jalan lain untuk berjaya melainkan dengan pengorbanan.Menurut satu kajian, tenaga yang diperlukan untuk mentelaah di perpustakaan, sama dengan tenaga yang diperlukan selama 3 jam bercangkul di tengah panas. Ia memang membebankan, tetapi inilah caranya untk mencari ilmu. Mungkin hal ini menjadi sebab mengapa ramai yang kurang suka untuk mendalami ilmu pengetahuan.”Semuanya perlu bekorban. Naib canselor sehingga staf dan pelajar perlu bekorban.” Tan Sri Dato’ Dzulkifli menegaskan kepada semua peserta.Beliau menambah, Canselor pertama Universiti Oxford juga pernah menuntut ilmu di Andalusia. Ilmu dinilai sangat tinggi pada zaman Andalusia, sehingga dikatakan sesiapa yang menterjemah buku akan dibayar dengan emas seberat buku yang diterjemahkannya.Barat pernah mencedok ilmu daripada islam, dan berjaya membina tamadun mereka. Sudah tiba masanya kita mengambil ilmu2 itu kembali utnk membangunkan tamadun kita sendiri.Sebagai penutup bicara pada seminar kali ini, beliau menegaskan bahawa dalam minda kita terdapat apa yang dipanggil sebagai ’glass ceiling’, yang seolah-olah tak nampak. Siling kaca inilah yang melambatkan kita. Kita perlu memecahkan siling kaca tersebut untuk berjaya.


~ sum of my preparation ~

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang …

Ya Rabbul Izzati, Kau bimbinglah dan berikanlah kepadaku dan sahabat2 yang lain petunjuk bagi memudahkan kami menjawab segala soalan2 interview dengan cemerlang dan lancar. Pimpin kami Ya Rahman.

Based on my previous experience, questions yg akan ditanya olh interviewer adalah :









Perkenalkan diri kamu dan terangkan tugas kamu :


Answer :

Nama saya Nur Auni Amanda. Berasal dari N.Sembilan. Saya bekerja di Makmal Genetik, IPPT , USM sebagai JTMP. Saya mula bertugas di IPPT pada 2/7/2007. Makmal Genetik adalah sebuah makmal kajian kromosom dan genetik. terlibat dalam 4 tugas utama, iaitu merangkumi aspek Perkhidmatan Diagnostik, Pengurusan serta Penyelidikan dan Pembelajaran. Dalam aspek perkhidmatan diagnostic, saya perlu memastikan setiap ujian pesakit dilakukan mengikut permintaan dan relevan dengan clinical history patient.

Menurut aspek pengurusan pula, saya terlibat dalam menguruskan penyelenggaraan peralatan di makmal seperti mikroskop, capture system, fluorchem, electrophoeresis, sequencer, microarray dll. Di mana, saya akan memastikan semua peralatan dimakmal sentiasa condition yg baik dan boleh digunakan untuk tujuan diagnostic dan research. Selain itu, bagi memenuhi salah satu KPI IPPT, saya bekerja keras bersama2 team lab yang lain bagi memastikan makmal kami mendapat akreditasi ISO 15189.

Dari segi dan pembelajaran pula, saya, membantu pelajar-pelajar LI, luar Negara dan dalam Negara yang menjalankan praktikal di makmal.

Saya sentiasa memperbaiki mutu kerja dan menjalankan satu penyelidikan / teknik baru tentang sequencing. Lasweek kami baru m’jlnkn teknik sequencing for d sec time n Alhamdulillah kami dpt + respon dari sifu. InsyaAllah sekiranya ada rezeki kami akan run sample scr istiqamah utk sample2 patient terutamanya kes Fragile X. Fragile X syndrome adalah kegagalan fungsi genetik. Akibatnya bayi yang dilahirkan akan menjadi cacat, developmental delay dan sbg.

( Inilah jawapan yang bakal auni jawab. InsyaAllah, permudahkanlah urusnku ini Ya Allah )

Friday, June 18, 2010

interview owh interview ???


In the name of Allah , The most Gracious , The most Merciful ,

Allhamdulillah, kupanjat syukur pd Illahi atas peluang yg telah diberi. InsyaAllah Auni’ll grab d chance. Untuk ke sekian kali nye Auni dpt surat untuk diinterview pada 23/6/10 di Perpustakaan Hamzah Sendut, USM . Thanx Allah for giving me d way.. Dah la assignment dibuat last2 minut, tasking utk interview pon x revise topk lg. kikiki.. ‘ AUNI , U’VE TO CHANGE ‘ still x berubah dgn perangai ala2 zaman U dlu. Haishhh.. Ya Ampun.. So stress bce topic yg akan dinilai nnt. Hampir terkeluar biji mata aku. But, again Thanx Allah, Auni’l do d best , InsyaAllah.. Topik yang bakal menganggu tidur matiku adalah seperti berikut :

1. Era APEX:

v Tuntutan dan usaha APEX
v Perkembangan dan pencapaian APEX

( I rely3 like dis topic eventhough I don’t know much bout dis issue )


2. Integriti

( Sort of topic dat’ll broken my head , dush )

3. Refleksi :

v Mengemukakan pandangan tentang isu-isu Universiti
v Mencadangkan langkah kea rah pengukuhan Universiti

( Adeyyy… apakah ? )


Yeah, rite here rite now, Auni’ll start to open d bukus, d notas, d files. Oh Allah, plz guide me n show da way.. ( Wahai pancainderaku, lets start working very hard . Owh my eyes mari bace nota, my dior telinga mari dengar alunan ini n lets my cute mouth sing dis along ~~ )

video

Ya Allah , berkatilah segala perkara yang auni lakukn dan yang bakal auni lakukan Ya Allah, berikanku petunjuk n hidayah Oh Allah. Ameennn ...

Thursday, June 3, 2010

~ spoilt working day ~


In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful ...



Harini kerja auni x enjoy and fun at all. So sad when frend we believe, salute, respect n adore stab back. Sedih sangat2. Alangkah INDAH dan BAHAGIAnya sekiranya sifat2 mahmudah > sifat2 mazmumah seseorang. Tidak perlulah menindas orang laen @ ur colleague semata2 untuk menaikkan nama sendiri. Ya Allah, berikanlah ruang dihatinya untuk b'muhasabah diri meyelami qalbu manusia lain dan supaya beliau lebih ikhlas dan jujur bekerja untuk bribadat dan mendapat keredhaan Allah SWT.. Ameen ..