Wednesday, July 21, 2010

~ mUhAsAbAh cIntA ~


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

video



Tangisan sanubari telah terhenti

Kala suram suria memancar sinarnya

Pertemuan seindah bayangan firdausi

Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu

Terkenang detik bertemunya kau dan aku

Santun berhikmah mengingatkan diri

Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini

Bertemu kasih tanpa jasad

Bicara tanpa suara

Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita

Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan

Bagai puteri di kayangan

Tika ku lesu hadapi hidup

Kau hembuskan nafas semangat

Penawar hati


Ya Allah sekiranya aku jatuh cinta Ya Allah, pertemukan aku dengannya yang amat menyintai Mu dan membimbingku kejalan Mu Ya Allah. Engkau makbulkanlah permintaanku ini sepertimana Engkau memakulkan doa2 hamba Mu yang lain Ya Allah.. Ameen .. permudahkanlah urusanku Ya Allah..

Sunday, July 11, 2010

Who next ? Our beloved mother ;-)


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ...

video
Duhai Ibu,Sudah 5 hari auni tidak mendengar kalam bicaramu
Marah sungguh ibu pada Auni
Kenapa ibu ?
Kenapa ibu tidak meluahkan pada Auni
Kenapa perlu diluahkan kepada adik beradik yang lain
Apa salah Auni sehingga ibu sanggup membenci Auni
Tidak cukupkah dengan segala kasih sayang yang telah Auni taburkan pada ibu



Duhai Ibu
Adakah ibu berkecil hati hanya kerana anakmu ini menjauhkan diri dari dia
Benarkah ibu lebih menyayngi dan mengasihinya melebihi anak ibu sendiri
Adakah ibu yakin dia mampu mendidik Auni menjadi isteri yang solehah
Adakah ibu pasti yg dia boleh memimpin Auni mendekati cinta hakiki Allah swt
Maaf ibu, terlalu banyak persoalan yang perlu Auni fikirkan tentang dia
Terlalu sukar untuk Auni memutuskan kata2 bagi memilihnya
Alam perkahwinan adalah alam yang membiaskan seribu satu perkara
Samada pahit atau manis , Jika kami mampu
mengemudi bahtera perkahwinan Dengan baik, insyaAllah
Kami akan mendapat natijah dan hasil yang amat berbaloi
Jika sebaliknya , kami ibarat nakhoda bahtera yang gagal memainan peranan.
Impaknya amat besar wahai ibu,
Hinggakan bahtera yang dibina dengan gah sekalipun, akan karam .
Auni merayu pada Ibu
Berilah Auni kebebasan memilih calon suami Auni sendiri
Izinkan Auni mencorakkan kehidupan Auni sendiri
Dengan acuan Auni sendiri
InsyaAllah ibu, pilihan Auni adalah seseorang yang mampu mendidik hati Auni kembali pada fitrah Allah SWT dan dekat pada NYA, ibu



Duhai Ibu,
Mungkinkah keretakan hubungan kita terjadi
disebabkan pendirian Auni ?
Marahkah ibu apabila Auni membuat keputusan untu menetap di sini
Sungguh Ibu, syukur ke hadrat Illahi kerana ditakdirkan Auni bekerja di IPPT
Alhamdulillah Auni dikurniakan Pengarah , bos dan sahabat2 yang banyak membantu Auni mengenal agama Islam, Agama yang melahirkan kita ( fitrah Allah )
Terlalu banyak pengalaman yang tidak pernh Auni kecapi selama ini
Dalam semua aspek termasuk menjaga aurat, cara solat, ibadah2 sunah, mendengar kuliyah agama, pemantapan modal insan yang cemerlang, hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan Allah Azza Wajalla.. MashaAllah..
Sumpah ibu, teringin benar hati anakmu ini membawa ibu dan abah duduk dekat dengan Auni , apakan daya Auni tidak mampu membina keluarga kita di sini
Sementelah ibu dan abah pasti tidak mahu meninggalkan kampung halaman
Ibu, restuilah Auni unuk terus tinggal di sini sehingga Auni rasa puas menikmati kehidupan yang penuh dengan keredhaan Illahi..
Ampunkan Auni Ibu




Doaku untuk ibu dan abah ....
Ya Allah ,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .



Ya Allah,
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..






















Friday, July 9, 2010

~~ i'm ready to be urs ~~





Bismillahirrahmanirrahim .....


Ya Allah Ya Rabbul Alamin

Engkau pimpinlah aku kejalan yang benar dan yang Engkau redhai

Jauhilah perbuatan n tindak tandukku yang menghalang kasih dan cintaku sampai pada Mu


Engkau pertontonkanlah padaku segala khilaf dan kalpaanku supaya aku sedar Ya Rahman





Tuhanku, Kau percepatkanlah perkahwinanku dengan bakal suamiku

Aku ingin menikmati cinta halal Ya Rabbul Izzati

Kau tetapkanlah hatiku padanya yang bakal menjadi suamiku

Kau restulah perhubungan kami sehingga ke akhir hayat kami

Jadikanlah pertemuan kami sebagai pertemuan dua insan

yang sama2 berjihad utuk mempejuangkan agama agungmu..

Ameen Ya Rabbul Alamin ....