Thursday, January 3, 2013

20.12.12

Assalamualaikum wbt ...

Sekian lama tak update blog
Rindu sangat nak blogging
Macam2 story nak telling
Unfortunately tak sempat 
Melayan kerenah syifa yang semakin membesar dan cerdik
Menyiapkan assignment dan lab report
Dan part yang paling tak best - Lab work ( Nak pindah tempat kerja .. huhu )

20.12.12

Pada tarikh ini lahirlah seorang lelaki yang sangat ibu kagum dan sayangi
Sudah 54 tahun ibu hidup dengannya
Sayang sangat
Rasa sedih teringat saat-saat kami kecil dulu
Kasih beliau tidak berbelah bahagi
Nampak tegas tapi sangat penyayang
Mungkin beliau bukanlah seseorang yang akan tunjukkan sayangnya pada orang lain
Tetapi, kami dapat rasa apa yang tersirat berdasarkan reaksinya
Beliau sanggup bersusah payah, penat lelah dsb untuk membesarkan kami
Beliau banyak mengajar ibu untuk jadi MANUSIA 
Beliau sentiasa mengingati saat ibu leka
Ibu rindu untuk tinggal dan hidup bersama beliau
Tapi, pastinya itu hanya angan kosong
Mana mungkin atas tuntutan kerja dan tanggungjawab terhadap keluarga
Part yang paling ibu rindukan bersama beliau adalah solat jemaah bersama dan short tazkirah selepas solat maghrib
Part yang paling menjengkelkan ketika itu adalah kami adik beradik perlu salam dan minta maaf antara 1 sama lain setiap kali bergaduh
Huhu .. part nih yang paling sentap sekali
Tapi, nilainya Subhanallah.. mengajar ibu untuk menjadi seorang pemaaf
Part yang paling menyedihkan adalah bila dia menangis teringatkan arwah ibunya ...
Ya, itulah beliau
Seorang insan mulia yang sangat ibu kasihi

ayah ibu = SALIM BIN ISMAIL

Ya Allah,
Doaku, ampunkanlah segala dosa ayahku sepanjang usianya,
Berkatilah usianya,
Berikanlah kegembiraan kepadanya dunia akhirat
Berikanlah kesejahteraan kepadanya dunia akhirat
Berikanlah keberkatan kepadanya dunia akhirat
Berikanlah tubuh badan yang sihat kepadanya
Tunjukkanlah kepadanya jalan yang lurus yang Engkau redhai
Pimpinlah beliau ke arah kebaikan
Masukkanlah beliau di dalam SyurgaMU kelak
Terima kasih Allah 

mini bday celebration : 2012

@ Penang.. jemput ibu wati syifa n family je 

kakyong rebut kek ngan ayah dia


acara kemuncak .. hihi

pasangan bahagia
mak dan abah tersayang

Sekian =)