Saturday, February 13, 2016

40 weeks + 2 days pregnancy

Assalamualaikum wbt ...

tadaaa... masih belum keluar adik assyifa ni

ayah pon takdak. exam sampai ahad.

so, ibu pon redha

xde pon usaha nak percepatkan proses bersalin

tapi, dah ready untuk practice all tips nak cepatkan bersalin

dah collect kat facebook dan blogwalking

.........................................................................................................................................................

checklist :

- air surah2 Al-Quran, surah Maryam + zikir
- air zamzam
- bunga fatimah
- kurma
- virgin coconut oil
- gymball
- jalan itik
- cangkung lama2
- nanas fresh (tgu ayah syifa balik beli)

   * baru baca kat baby center fresh pineapple ni baguih utk soften kan vagina wall. senang beranak. wallahualam ...

...........................................................................................................................................................


checklist semua dah ada. tapi x apply. in sha allah ayah abes exam esok baru ibu nak start practice 

and consume. ayah dan wan joseh asyik2 cakap tunggu baby keluar ari isnin.. 

mungkin Allah dengar doa mereka. ibu x kisah bila. ibu yakin Allah yang Maha Esa 

yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui atas tiap2 sesuatu 

cuma doa ibu semoga Allah permudahkan urusan ibu dan baby 

dan semoga both of us selamat dan sihat. in sha Allah.. ameen..

dalam tempoh tunggu dan terus menunggu ni teringat plak ibu dekat irine nadia..

blogger yg selalu update kat instagram dan blog dia pasal kisah dan tips overdue dia. 

teruih ibu terjah blog dia. nak recall experience dia dan amik mana2 tips yg boleh diapply ..

 jom terjah ...

*************************************
catatan irine nadia ( 40 weeks ++ ) :

So far, sekarang ni memang monitor pergerakan baby je. Alhamdulillah baby punya pergerakan cukup yang sepatutnya and aku balik-balik seram tengok aktif dia malam-malam..  Yang tu buat aku lega lah sikit, tau dia aktif kan. Yelahhh, bila dah sampai masanya tu, macam-macam kemungkinan boleh terjadi dan harap semua tu tak berlaku.

Sebenarnya macam-macam jugak petua dan tips aku dah cuba. Apa yang dikongsi dekat kawan-kawan dekat instagram tu, semua aku take note. Banyak jugak aku try. Aku try lah jugak yang natural inducer tu, pastu try lah jugak banyakkan senaman itik dan mencangkung, sental toilet pun aku buat haha, banyakkan berjalan tawaf shopping mall, bercakap dengan baby pujuk2, amalkan amalan-amalan doa,solat hajat, main enjut-enjut dekat gmball (exercise), buat air milo panas-panas campur dengan 2-3 sudu marjerin (sumpah tak sedap wehhh rasa dia, sumpahh!!haha) dan lain-lain lagi tak ingat dah ape aku buat. haha.
Siap beli gymball kauuu. 
Beli dekat kedai Fitness,beli yang size 65cm punya. Terjumpa pulak color pink, terus aku sambar laju-laju.

Aritu aku mesej laa husband, cakap bosan laa kat rumah. Dia reply gini
"pegi la main banyak kali bola dalam bilik tu"
T_______T

Yang ni yang aku baca dekat facebook. Kelebihan gym ball ni :)
Gym ball ni boleh jadi tahap kawan baik orang pregnant.
- Waktu pregnant ni joints makin longgar, banyak sakit especially bahagian pelvic, peha, pinggang, tulang punggung etc. Gym ball ni reduce pain.
- Tolong betulkan postur ibu supaya sit upright, bantu betulkan kedudukan bayi. Bantu bayi turun ke bawah dalam kedudukan optimal.
- Beri rasa lebih selesa di belakang badan dan kuatkan lagi pinggang
- Pelvis dapat sokongan yang lebih baik dan bantu memberi bukaan pada ruangannya. Ini penting banyakkan exercise buka ruang pelvic macam bercangkung. Gym ball pun boleh bantu juga.
- Sit upright ni bantu ligaments dan muscle lebih seimbang, jadi bila duduk begini, perut kita macam jadi hammock pada baby. Maka bantu betulkan kedudukan baby kepada posisi anterior. Speed up untuk labour nanti. Boleh mula sejak awal awal kehamilan.
- Disebabkan dia lembut, paling sedap duduk atas ni terutamanya waktu sakit sangat bawah tulang punggung. Kerusi empuk cane pun takkan dapat beri such comfort. Dah try sekali mesti nak lagi dan lagi. Sebab time pregnant paling nak duduk atas benda lembut.
- Tingkatkan blood flow pada baby, uterus dan placenta.
- Bagi counterpressure pada perineum dan peha
- Ada orang dapat tenang duduk atas ni, hehe.


Cara duduk:
- Pump sampai ketinggian yang apabila kita duduk, hips kita lebih tinggi sedikit daripada lutut. Sesuai sangat untuk ubat orang sakit hips waktu hamil atau tak hamil.
- Duduk feets flat, apart from each other paling selesa. Make sure badan straight.
- Sekali sekala boleh lean ke belakang, bukak sikit chest dan shoulder. Free je dapat spinal alignment.
- Duduk sambil buat bulat kecil bulat besar, gerakkan pinggul, atau figure of eight. Buat waktu hamil, juga waktu sakit bersalin.

Bonus:
- Boleh guna masa proses baby nak keluar dari serviks
- Nampak sahabat breastfeed anak sambil buai buai duduk atas ball ni.
- Ramai orang guna gym ball untuk kurangkan sakit contractions, rasa paling tenang duduk atas ni. Kedudukan paling selesa waktu contractions biasanya kedudukan tu lah yang bantu baby settle down posisi untuk keluar.
- Bersalinkan bayi berpaut pada gym ball untuk kurangkan lenguh.
Boleh guna waktu tengok TV, di office, sambil scroll facebook, untuk solat, waktu sakit sakit, sambil bounce susukan baby etc..


*************************************

ya Aziz ya Qowiy ya Matin

Wahai tuhanku yang Maha Kuat yang Maha Perkasa yang Maha Teguh, Engkau berilah aku 

kekuatan, keteguhan dan perkasakanlah tubuh badanku untuk melahirkan anak ini dengan 

sempurna, selamat, cepat dan mudah wahai Allah ..

tiada kuasa dan upaya melainkan dengan izinMU ya Rabbul Izzati ...

############################

Wednesday, February 10, 2016

jatuh kali ke-3

Assalamualaikum wbt ...

second pregnancy ni ibu lebih kerap jatuh nak banding dengan pregnantkan Assyifa Aqilah dlu

dlu time pregnantkan Assyifa ibu jatuh kat depan toilet dan fridge. time tu lone ranger at penang

second prgnancy ni, firstime ibu jatuh time nak angkut baju dari penyidai. kalut punya pasal. taknak bagi Assyifa main kat luar angkut baju banyak2 den tersungkur kebaboo kat basikal. so, injuredlah kaki ibu belah kanan. 2nd time pon situasi yg sama juga tapi kaki ibu berdarah belah kiri. 3rd time ibu jatuh kat pasoh. baru nak salam acu. terkene kaki dia terus tersungkur depan maklong. alhamdulillah selamat. Allah pelihara dan bagi adik kekuatan. ya Aziz ya Qawiy ya Matin ...

all 3 situation disaksikan oleh Assyifa Aqilah. makanya, kene ceramah free la ibu 
*************************************

s : nape ibu x tengok jalan

i : ibu tengok lah tadi. kan xde car

s : iye, tapi ibu x tengok kaki org pon

i : meowwww ~~

*************************************

antara soalan2 cepumas Assyifa :

-  ibu ok x bu
- tummy ibu sakit
- adik sakit x bu
- adik gerak x bu
- ibu darah x bu
- kaki ibu sakit lg x
- kaki ibu darah lagi x bu
- ibu boleh jalan lagi x bu

*************************************

terima kasih Allah atas anugerah terindah "penawar yang bijaksana" .. memang bijak. seindah namanya. betapa aku amat menyanyangi Assyifa Aqilah. nyawaku hidupku matiku ... semoga Allah berkati dan meredhai kami ..

sekian coretan campak belakang ♥



Tuesday, February 9, 2016

Celoteh assyifa aqilah

Assalamualaikum wbt ...

#chitchatkakyongassyifaaqilah

S : ibu, bby gerak. Dia suka assyifa

I : pegang la adik. Doalah kat Allah cepat

S : ya Allah, bagi adik keluar elok2 ya Allah. Bagi adik baik2 ya Allah. Ya Allah jangan bagi ibu sakit ya Allah. Jgn bagi b***t ibu bdarah ya Allah.

*tetiba lalu kubur*

Ya Allah bagi ibu masuk kubur elok2 ya Allah. Sian ibu ya Allah

Maka terburai la perut ayah dia gelakkan ibu. Ampes

1 day to go

Assalamualaikum wbt ...

Today, i'm 39weeks and 6days preggy mum ..

2 orang teman yg due date lebih lambat dari ibu dah selamat bersalin

Lagi sorang dah dalam labour room

So, now tinggal baby sorang je x keluar lagi

Hehe.. so sweet... baby takut nak keluar ye. Takut nak facing the cruel world kot

Ya Allah, doaku padaMU permudahkanlah segala perjalanan dan urusan ibu melahirkan baby. Selamatkan dan sihatkanlah ibu dan baby ..

Ibu tau Allah lebih mengetahui bila waktu dan masa yang paling sesuai untuk ibu melahirkan baby. Ibu redha. Yang penting Allah lindungi dan berkati proses kelahiran ini

Hasbunallah wa nikmalwakil alallahi tawakkaltu
( Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiki dan sebaik2 yang kuserah diri pada Allah )

Ameen ya Robbal alamin ♥

Monday, February 1, 2016

wanita hiasan dunia

Assalamualaikum wbt ...

Sentap dengan kata2 ini

Banyak sungguh dosa2ku selama ni

Ya Allah, ampunkan dosa2ku,  ibuku dan kakak2ku ya Allah

Peliharalah anak2 kami dan seluruh zuriat kami agar sentiasa mentaatiMu

Ya Rahman ya Rahim, haramkanlah seluruh tubuh ahli keluargKu dari azab seksaanMu yang pedih

Pimpinlah kami saat kami lalai

Sucikanlah hati2 kami

Jauhilah kami dari sifat keji, buruk sangka dan dendam sesama manusia wahai Allah