Friday, March 9, 2012

Menghitung detik ( dalam ward )

Assalamualaikum wbt ...

Ya Allah ,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah ,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah ,
zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .

Ya Allah,
anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Ya Allah ,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .

Thursday, March 8, 2012

balik kampung * senyum kasi lebaq *


ASSALAMUALAIKUM WBT ...

Harini genap seminggu auni balik kg utk cuti bersalin kunun2 .. rasa macam baru je blk smlm. Ikutkan harini dah masuk 40minggu auni pregnant, but dr cakap baru 39minggu. Haishh.. kompius plak. Cuti sakan dah. Bersalinnya tidak. But, its ok. No need to rush. Relax2 aja sudey. Allah know best. Alhamdulillah perjalanan hidup auni pregnant yg almost 9 month alone kat Penang ternyata dipelihara dan dipermudahkan Allah swt.

Baby ni baik sangat2. Sepanjang preggy auni lansung tak mengalami sebarang masalah seperti morning sickness, muntah2, mengidam, abdominal cramp, muscle cramp, backpain and so on. Baby x pernah susahkan ibu dia. Baby memang anak yg soleh Insyaallah. Semoga baby terus menjadi anak soleh ibu dan ayah sehingga ke akhir hayatnya. Maafkan ibu dan ayah kerana tidak mampu menjadi ibubapa yang sempurna yg mendidik baby dari dalam kandungan lagi. Banyak sungguh kekurangan ibu dan ayah =’( . But, we have try our best.

Since barang2 yg nak dibawa ke hospital n labour room pon dah ready lama dah since stay alone kat Penang lagi. Lets do some final check apa yang ada …


senarai keperluan cik eby dan ibu sepanjang berada di ward


small part cik eby punye keperluan

beg yang perlu dibawa ke labour room

apa yang perlu ada dalam beg :

1. Towel : dah replace dengan napkin ( kaklong suruh)

2. pampers

3. sepasang baju beby

4. booties, mitten n bonnet

5. baby binder

6. bedung beby

finally, letak dalam beg ni je. xtau dah nak guna beg apa. x perlu membazir.

pakai apa yang ada sahaja =)