Friday, February 10, 2017

Roller blade

Assalamualaikum wbt...

Al kisahnya isnin aritu ibu tergedik2 nak belikan Assyifa roller blade ni

Assyifa x pernah minta pon. Ibu yg over sebab IBU teringin sangat nak main time kecik2 dlu

Ibu bawa balik note rm5 sebanyak 20 keping dan bagi kat Assyifa

" Ni semua assyifa punya. Cuba kira ada berapa "

Saja nak bagi assyifa seronok pegang duit (walaupon assyifa x obses pon sebab xtau nilai duit tu)

Ibu pon tanya "assyifa nak duit ni ke nak roller blade"

Syifa jawab "nak 2-2"

Oh no nak. Ibu x sekaya tu sayang

Maka, start la pencarian ibu

Mula gugel tips nak beli roller blade, pm kawan2 tanya

Dan akhirnya terus bertindak

Cari kat area bertam Dan mydin

So, jumpa lah kat mydin

Based on tips yg org bagi, makesure

- senang buka macam kasut
- roller dia getah so susah nak jatuh

Ibu survey dan tengok ada 2 harga (RM 69.90 & RM119)

Niat dihati nak ambil yang mahal skit sebab sure berkualiti

Belek punya belek sama je. Both :
- roller material getah bukan plastik
- size panjang kaki boleh laras
- ada stopper

Beza cuma ada lampu kat roller, knee guard dan helmet

So, ibu decide ambil yang RM69.90 je

For safety purposes, ibu beli separately nnt

Alhamdulillah syifa was so happy for her new RB

Balik rumah, sambil wipe roller dia, dia sayang RB dengan letak RB dia kat pipi

Ibu terharu sangat2 😅😂

Ya Allah, semoga aku sentiasa mampu membahagiakan anak2 ku...

Ameen...

No comments:

Post a Comment