Monday, July 23, 2012

tegurlah aku

Assalamualaikum wbt ...


Ya Allah, cemburunya aku
Sahabat2ku ramai yang berubah
Yang tak pernah ke masjid, sekarang ke masjid
Yang tak pernah terawih, sekarang terawih
Yang tak mengaji , sekarang dah mengaji
Yang tak pernah buat solat Dhuha, sekarang dah solat Dhuha
Yang tak pernah pergi tazkirah, sekarang dah pergi tazkirah
Yang berpakaian seksi, sekarang menutup aurat
Yang dahulunya kurang adab, sekarang beradab

Ya Allah, cemburunya aku
Aku di sini sorang diri
Tiada siapa yang tegur kesalahanku
Tiada siapa yang menyuruhku solat
Tiada siapa yang menegur aku tak jaga aurat
Tiada siapa yang pimpin aku solat berjemaah
Tiada siapa yang menegur tajwidku
Tiada siapa yang tegur sekiranya aku tak buat solat Dhuha
Tiada siapa yang nak bawa aku pergi tazkirah
Tiada siapa yang menegur aku yang tak beradab

Ya Allah, tegurlah aku dengan caraMu
Aku perlukan teguranMu
Aku perlukan pimpinan dariMu
Aku perlukanMu 
Allah ...

No comments:

Post a Comment