Assalamualaikum wbt ...
Assyifa Aqilah adalah penawar yang bijaksana
Tak sia2 ayah bagi nama Assyifa dan ibu bagi nama Aqilah
Semenjak dua menjak ni makin bertubi2 workload kat lab
Dengan dunia tanpa belas, digagahkan juga melaksanakan tugas hakiki
Banyak betul ujian kerja
Masakan Allah uji andai ibu tak mampu kan
In sha Allah ibu kuatkan semangat siapkan semua workload dan make everything smooth so that tak menyusahkan sahabat2 yg lain bila ibu in confinement leave nanti
Semoga Allah redha dan permudahkan urusan ibu bersalin nanti
Berbalik kepada apa ada pada Assyifa Aqilah tadi ...
*******************************************************************
Harini balik je keje. Terus ambil syifa dan mengadu.
Ibu :
ibu penat sangat harini. Kerja banyak. Ibu x rest lagi dari pagi. Kaki dan tangan ibu bengkak sangat sayang. Assyifa promise ye jangan nakal. kesian ibu. Kesian adik "
Assyifa :
Ok. Syifa tak nakal tau ibu. Bila adik nak keluar ibu
Ibu :
Tunggu la. Bila adik dah sihat dan kuat,.Allah keluarkanlah adik Assyifa
Assyifa :
Ya Allah, kesian ibu ya Allah. Ibu penat ya Allah. Ibu sakit ya Allah. Sembuhkan ibu ya Allah. Ya Allah, keluarkan adik baik2 ye ya Allah. Sian adik Assyifa ya Allah.
*******************************************************************
Subhanallah, engkaulah penawar yang bijaksana wahai anakku. Terima kasih Allah atas kurniaan dariMu yang amat bernilai ini ♥
No comments:
Post a Comment