Assalamualaikum wbt ...
Adalah salah untuk melihat wang semata-mata boleh membeli pendidikan dan menjamin anak tersebut menjadi seorang yang terdidik dan berjaya. Kita ambil kisah daripada Imam Shafie. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang fakir di Palestin. Bapanya meninggal dunia ketika beliau berumur 2 tahun. Ibunya adalah seorang yang gigih dalam mendidik anaknya. Tiada tadika murah, sederhana atau mahal bagi ibu Imam Shafie, Hanya kegigihan beliau untuk mendidik anaknya hingga anaknya dapat menghafaz quran pada umurnya 7 tahun. Kemudian Imam Shafie berguru dengan beberapa ulama terkenal hinggalah beliau menjadi orang yang dikenali dengan kebijaksanaan ilmunya sehingga Mufti Mekah mengizinkan beliau memberi fatwa ketika masih berusia 15 tahun!
if there's a will and there's a way
Insyaallah ...
No comments:
Post a Comment