Friday, July 15, 2011

berita gumbira ;)

:: In the name of Allah The Most Precious & The Most Merciful ::

Alhamdulillah , bahagia dan excited sangat bila suamiku message berbunyi :
"Sayang, nexwek x balik ye. Hubby pi Penang Selasa, Rabu dan Khamis . "
Yeay.. jerit sambil berguling2. Act, before ni suamiku pernah request nak mai Penang. Tapi , kesian pada housemate. Sure dia x selesa. But, InsyaAllah this time should be ok. Hopfully dia faham bcoz dia pon pernah bawa suaminya ke rumah sewa kami. Apa yang penting jaga tatatertib n tingkah laku kami. Kan3...

Demi suamiku, auni pelajari adab-adab yang harus dimiliki oleh seorang isteri solehah :
Seorang wanita Arab memberikan nasihat kepada anak puterinya paa malam pernikahannya , " Wahai puteriku, engkau telah meninggalkan rumahmu, yang dari sanalah kamu keluar dan yang sekaligus menjadi sarangmu hingga kamu menjadi besar, menuju sarang yang belum kamu kenali dan pendamping yang belum pernah berkumpul bersamamu. Maka jadilah dirimu sebagai hamba perempuannya , tentu dia akan menjadi hamba lelaki bagimu. Jagalah beberapa perkara untuk kepentingannya :

1. Dampingilah ia dengan penuh kerelaan

2. Pergauilah dia dengan ketaatan yang baik

3. Perhatikanlah tempat yang menjadi sasaran pandangan matanya dan jangan sampai matanya memandang yang buruk padamu

4.Perhatikanlah tempat yang menjadi sasaran penciuman hidungnya dan jangan sampai dia mencium bau yang tidak sedap pada dirimu

5. Perhatikanlah waktu makannya kerana rasa lapar yang melilit-lilit dapat menggelegak boleh membuatnya marah

6. Perhatikan waktu tidurnya kerana tidur yang terganggu juga akan menyebabkannya marah

7. Jagalah hartanya kerana dapat mengurus hartanya merupakan penilaian yang baik

8. Jalinlah hubungan dengan kerabat serta keluarganya , kerana dengan menjalin hubungan dengan keluarganya merupakan peratura yang baik

9. Janganlah menderhakai perintahnya kerana jika engkau menyalahinya, tentu akan mengobarkan kemarahan di dadanya.

10. Jangan engkau membocorkan rahsianya kerana jika engkau membocorkan rahsianya, maka engkau tidak aman dari pengkhianatannya.

11. Jauhilah engkau bergembira di hadapannya jika dia sedang murung, dan janganlah berduka di hadapannya jika dia sedang gembira. Yang pertama bererti meremehkan dan yang kedua bererti mengeruhkan.

12. Jadilah orang yang paling mengagungkannya , tentu dia akan menjadi orang yang paling mengagungkan dirimu.

13. Ketahuilah , bahawa kamu tidak dapat mencapai apa yang kamu cintai, hingga engkau lebih mementingkan keredhaanya daripada keredhaanmu, lebih mementingkan keinginanya daripada keinginanmu sendiri tentang apa yang kamu sukai dan apa yang kamu benci. Nescaya Allah akan memberimu kebaikan ...


Adapted : Gerbang perkahwinan
Author : Ust Muhammad Sofwan, Ust Hj Shihabudin A.M.P , Mohd Najib
Page : 474

InsyaAllah ...

No comments:

Post a Comment